Tuesday, 26 February 2013

Tip Bergaya Dengan Bijak : Kenali Diri II

Tip 1 : Kenal Ton Kulit

Biasanya kita mudah terpengaruh dengan apa yang cantik dimata namun belum tentu cantik pada hakikatnya.  Begitu juga dalam pemilihan warna. Perkara utama dalam pemilihan warna yang tepat adalah kenali warna atau ton kulit anda. 

Ia bukan sahaja membantu ada untuk memilih warna yang sesuai dengan pakaian, bahkan dapat membatu anda memilih warna lipstik yang sesuai. 

Rujuk rajah di bawah :

http://www.audreydao.com/tag/skin-tone/

Saturday, 9 February 2013

Tip Bergaya Dengan Bijak : Kenali Diri

Tip 1 : Kenal Bentuk Badan

Bentuk Badan Wanita
Bentuk Badan Lelaki


Perkara asas dan paling utama sebelum membuat keputusan untuk memilih gaya yang sesuai adalah dengan KENALI DIRI.  Perkara ini sangat membantu anda memilih gaya yang betul dan tepat pada diri anda. 

Sering kali kita memilih pakaian dan aksesori yang disukai kemudian baru dipadankan pada diri. Keadaan ini akan menyebabkan ramai orang tersalah pilih gaya yang sesuai pada diri masing-masing. 

Oleh itu, tip yang pertama, kenali bentuk badan anda. Wanita mahupun lelaki harus tahu apakah jenis bentuk badan anda. Lihat dicermin, dan pastikan manakah bentuk badan anda miliki berdasarkan gambar rajah di atas. Kemudian pastikan pakaian dan aksesori yang dipilih harus padan dan tidak anda mencederakan personaliti anda. 

Tip 2 : Kenal Bentuk Muka

Bentuk Muka

Perkara kedua terpenting adalah mengenali bentuk muka anda. Pastikan tudung dan gaya rambut yang dipilih bersesuaian dengan diri anda. 

Penggayaan yang salah akan memberikan bentuk muka yang bulat kelihatan lebih bulat manakala yang bersegi akan kelihatan lebih bersegi. 

Selain daripada penggayaan tudung dan rambut yang sesuai, pastikan juga pemilihan kaca mata dan kolar@leher baju yang tepat. 

'Mari bergaya dengan bijak!'

Farah Lina Abd. Rahim
Perunding Imej @ Riasimejku.com