Cuba
berhenti sejenak dan lihat di sekeliling saudara. Hayati warna-warna
disekeliling saudara. Lihat hiasan dan warna pada dinding, siling, atau papan
tanda dan iklan di tempat awam. Apa perasaan saudara? Adakah saudara rasa
tenang dan selesa ataupun sebaliknya?
Kemudian lihat kepada diri saudara pula.
Lihat pada warna pakaian yang saudara pakai sekarang ini? Apa pula perasaan
saudara sepanjang hari ini? Bagaimana pula dengan urusan kerja saudara tadi?
Lancar? Apakah warna pakaian saudara membantu urusan saudara hari ini? Apakah
warna pakaian saudara ada kaitan dengan urusan saudara?
Warna juga
memainkan peranan dalam penampilan kita. Warna bukan sahaja boleh membuat kita
kelihatan cantik malah warna juga mampu memberi tenaga. Setiap warna mempunyai
maksud tersendiri.
Jika diimbas
zaman sekolah dahulu, apabila sukan tahunan, rumah sukan apakah yang biasanya
akan menang? Biru, hujau, kuning merah?
Merah!
Mengikut kajian, rumah sukan yang sering mendapat tempat pertama ialah merah.
Mengapa merah?
Mengikut
psikologi warna, merah membawa aura kemenangan, semangat bersungguh-sungguh,
berani dan sebagainya. Ini adalah diantara impak warna dalam kehidupan
seharian. Jika dilihat di tadika atau taska, mereka akan menghiasi mural
dinding dengan pelbagai corak dan warna. Hal ini kerana warna-warna ini akan
menimbulkan kegembiraan dan keseronokan kepada kanak-kanak untuk pergi belajar.
Jabri Ibnu Samurah meriwayatkan, “ Aku melihat Rasulullah s.a.w
pada suatu malam terang benderang memakai baju berwarna merah, Aku menatap
baginda dan memandang bulan. Sungguh, menurutku, baginda lebih indah daripada
bulan.
Warna kegemaran Rasulullah adalah warna putih
dan kebanyakan pakaiannya berwarna putih. Warna putih diibaratkan sebagai
kebersihan dan kesucian. Kena dengan peribadi baginda yang berhati suci dan
bersih. Para sahabat juga pernah melihat baginda memakai baju berwarna seperti
hijau, hitam, kelabu dan merah.
InfoTip RiasImejku :
Gunakan
warna-warna yang ceria untuk menaikan mood dan tenaga yang ceria. Elakkan
menggunakan warna kusam (muted) kerana
warna ini akan menjadikan saudara kelihatan letih, tua dan tidak penting.
============================================================
Ingin berhubung dengan Perunding Imej kami?
Emel : farlinarahim@gmail.com /riasimejku@gmail.com
No. Tel : 019-365 8486
========================================================================