Wednesday, 8 October 2014

Warna Dalam Penampilan Positif

Cuba berhenti sejenak dan lihat di sekeliling saudara. Hayati warna-warna disekeliling saudara. Lihat hiasan dan warna pada dinding, siling, atau papan tanda dan iklan di tempat awam. Apa perasaan saudara? Adakah saudara rasa tenang dan selesa ataupun sebaliknya?



Kemudian lihat kepada diri saudara pula. Lihat pada warna pakaian yang saudara pakai sekarang ini? Apa pula perasaan saudara sepanjang hari ini? Bagaimana pula dengan urusan kerja saudara tadi? Lancar? Apakah warna pakaian saudara membantu urusan saudara hari ini? Apakah warna pakaian saudara ada kaitan dengan urusan saudara?

Warna juga memainkan peranan dalam penampilan kita. Warna bukan sahaja boleh membuat kita kelihatan cantik malah warna juga mampu memberi tenaga. Setiap warna mempunyai maksud tersendiri.

Jika diimbas zaman sekolah dahulu, apabila sukan tahunan, rumah sukan apakah yang biasanya akan menang? Biru, hujau, kuning merah?
Merah! Mengikut kajian, rumah sukan yang sering mendapat tempat pertama ialah merah. Mengapa merah?



Mengikut psikologi warna, merah membawa aura kemenangan, semangat bersungguh-sungguh, berani dan sebagainya. Ini adalah diantara impak warna dalam kehidupan seharian. Jika dilihat di tadika atau taska, mereka akan menghiasi mural dinding dengan pelbagai corak dan warna. Hal ini kerana warna-warna ini akan menimbulkan kegembiraan dan keseronokan kepada kanak-kanak untuk pergi belajar.

Jabri Ibnu Samurah meriwayatkan, “ Aku melihat Rasulullah s.a.w pada suatu malam terang benderang memakai baju berwarna merah, Aku menatap baginda dan memandang bulan. Sungguh, menurutku, baginda lebih indah daripada bulan.

Warna kegemaran Rasulullah adalah warna putih dan kebanyakan pakaiannya berwarna putih. Warna putih diibaratkan sebagai kebersihan dan kesucian. Kena dengan peribadi baginda yang berhati suci dan bersih. Para sahabat juga pernah melihat baginda memakai baju berwarna seperti hijau, hitam, kelabu dan merah.



Cik Puan Farah Lina, Perunding Imej RiasImejku.Com sedang menunjukkan cara pemilihan warna yang sesuai mengikut warna kulit. Gambar ini diambil semasa Program Ketrampilan Diri di Kementerian Sumber Manusia.


InfoTip RiasImejku :

Gunakan warna-warna yang ceria untuk menaikan mood dan tenaga yang ceria. Elakkan menggunakan warna kusam (muted) kerana warna ini akan menjadikan saudara kelihatan letih, tua dan tidak penting.

============================================================

Ingin berhubung dengan Perunding Imej kami?

Emel : farlinarahim@gmail.com /riasimejku@gmail.com
No. Tel : 019-365 8486

========================================================================

Friday, 3 October 2014

Bersama Cik Puan Farah Lina Abd Rahim


Peserta yang sporting!







Sedutan rakaman video bersama Kakitangan Kementerian Komunikasi & Multimedia tentang pemilihan kasut yang betul.


Berminat ingin mendalami ilmu penampilan diri secara personal atau berkumpulan?

Emelkan permintaan anda di farlinarahim@gmail.com

Tip Pemilihan Suit atau Blazer

Personal Shopper

Aktiviti ini paling digemari sebagai Perunding Imej adalah menemani klien membeli belah.

Tugas kami membantu klien memilih pakaian yang bermutu bertepatan dengan bajet.

Aktiviti ini akan membawa mereka melihat dan merasai demonstrasi pemilihan pakaian, fabrik, dan corak yang sesuai secara 'live'.


Salah satunya memilih fabrik suit atau blazer yang berkualiti sesuai dengan standard harganya.

TIPS : Fabrik jenis 'wool' tidak mudah berkedut berbanding polister. Suit atau blazer yang diperbuat daripada 100% 'wool' agak mahal dipasaran. Pilihan yang lebih menjimatkan dan mempunyai kualiti yang hampir sama adalah fabrik 'wool blended'.




Fabrik Polister




Fabrik Wool Blended