Friday, 26 October 2012

Imej Wanita Professional # 4: Kuku Oh Kuku!

Selamat kembali ke entri terbaru, Kuku Oh Kuku! Mungkin ramai terlepas pandang pada bahagian yang paling kecil pada tubuh badan kita tetapi besar impaknya.

Jangan disangka, pertemuan pertama anda akan mula dinilai daripada kuku. Kebersihan kuku juga menggambarkan imej dan personaliti seseorang. Kini menjadi trend wanita mewarnakan kuku dengan pelbagai design. Ada juga yang suka menyimpan kuku yang panjang kadangkala mampu mencederakan diri sendiri. Kuku yang panjang bukan sahaja mudah dijangkiti KUMAN malah BAHAYA!





'BAHAYA YANG BOLEH MENCEDERAKAN DIRI DAN IMEJ'

Mudah sahaja mendapatkan imej professional. Tidak perlukan kos yang tinggi, hanya perlukan sedikit masa sahaja.

1- Mulakan dengan mencuci tangan dan jari jemari sehingga bersih. Rendamkan kuku anda dalam air suam selama 10-15 minit.
2- Potong mengikut bentuk kuku. Kuku harus dipotong setiap minggu. Pilih pemotong kuku yang sesuai supaya tidak rosak.
3-Gunakan pengikir kuku yang sesuai agar lebih kemas.
4-Akhir sekali, gunakanlah pelembut kuku dan tangan yang sesuai.





**Tip penjagaan kuku tradisional dan moden

-Bawang Putih. Potong dua atau lumatkan bawang putih. Sapukan pada kuku lebih kurang 5-10 minit. Hasilnya kuku kelihatan berkilat dan putih berseri.

-Ubat Gigi. Tahukah anda ubat gigi mengandungi bahan pemutih (tooth whitening) yang boleh memutihkan kuku juga. Sapukan sedikit pada berus yang lembut dan gosokkan.

-Cuka. Bagi kuku kaki yang agak hitam atau kekuning-kuningan, tuangkan cuka dan gosokan perlahan-lahan. Bilas dengan air suam. Warna kuku anda akan kembali berseri.

-Minyak Zaitun. Rendamkan  seluruh jari anda ke dalam minyak zaitun. Rendam selama 10-15 minit kemudian bilaskan. Kuku anda bukan sahaja sihat dan bersinar, malah  kulit disekitarnya juga akan menjadi lebih lembut dan lembab.

-Air Kosong. Tip paling murah dan mudah, minum air kosong sebanyaknya.

'Serlahkan Dengan Langkah Mudah'

Selamat Mencuba!

Farlina Rahim @ Farah Lina Abdul Rahim, CPIC,
Perunding Imej RiasImejku.Com

No comments:

Post a Comment