Monday 24 September 2012

Imej Wanita Profesional # 1 : Kasut



    Kebiasaannya imej dilihat daripada cara pembawakan diri seseorang. Sebenarnya imej terdahulu diukur daripada penampilan luaran wanita tersebut. Wanita berkerjaya kini sangat maju ke hadapan dalam apa jua bidang profesional. Malangnya, kebanyakkan mereka tidak tahu bergaya secara profesional. Mereka lebih selesa mengenakan imej 'asal cantik' dalam pemilihan pakaian dan aksesori. Ini adalah kesalahan imej yang sering dilakukan oleh kebanyakan golongan wanita bekerjaya.

Imej Wanita Profesional #1 akan berkongsi kesalahan imej dalam pemilihan kasut.

#1 : Elakkan kasut yang flat dan terlalu bercorak. (Kelihatan terlalu santai dan tidak berwajah korporat)















#2 : Pastikan tidak terlalu tinggi. (Sebaiknya ketinggian tidak melebihi 1-2 inci)
















#3 : Elakkan kasut yang menampakan jari jemari kaki anda. (Tidaklah nampak kuku yang tidak terurus itu)



















Jadi kasut apakah yang lebih sesuai?





Pump Shoes. Lebih selesa, praktikal dan professional. Pilihlah warna yang gelap seperti hitam, biru gelap ataupun coklat gelap. Pasti anda lebih kelihatan anggun dan korporat.

'Sempurnakan imej seanggun kerjaya'

Farlina Rahim @ Farah Lina Abdul Rahim, CPIC
Perunding Imej RiasImejku.Com

Sunday 23 September 2012

Selamat Datang RiasImejku.Com



Imej mempunyai maksud yang begitu subjektif. Terpulang kepada individu bagaimana mereka mendefinisikan  maksud imej tersebut. Bagi individu yang mementingkan penampilan, imej merupakan aspek yang penting dalam diri mereka.Walaupun imej hanya dipandang pada dasar luaran, namum imej juga boleh melambangkan kredibiliti, keyakinan dan keterampilan dalaman seseorang.

Mengurus penampilan sangat penting bagi menentukan siapa kita. Untuk pengetahuan semua, imej atau penampilan seseorang itu dinilai dalam 30 saat pertemuan pertama. Menurut kajian yang dijalankan di U.S, penilaian imej dibuat kepada seseorang itu berdasarkan:

55%  :  Cara Penampilan
38% :  Cara Berjalan
7% :  Cara Bercakap

RiasImejku.Com akan kongsikan pelbagai tip dan trik serta maklumat penjagaan penampilan diri yang terkini. Nantikan artikel seterusnya.

'Imej Anda, Kredibiliti Anda'

Farlina Rahim @ Farah Lina Abdul Rahim
Certified Professional Image Consultant