Friday 26 October 2012

Imej Lelaki Professional # 1: Kemaskan Rambut Mu!

Kali ini kita beralih kepada tip dan penjagaan diri lelaki. Jika tudung/rambut/mahkota wanita, rambut juga mahkota lelaki.

Situasi:

Anda berhadapan dengan klien korporat hampir setiap hari. Anda juga majikan/perkerja/bakal pekerja disektor korporat yang terkenal. Apakah pandangan pertama mereka sekiranya mahkota anda terlebih terurus atau kurang terurus seperti ini :

A

B

C

Cool! Up-to-date! Itulah ungkapan yang biasa kita dengar dengan gaya rambut di atas. Terkini dan bergaya. Mahukah majikan atau bos mempercayai kata-kata kita? Tahukah klien bahawa anda seorang perunding yang hebat pada pandang pertama mereka? Tanggapan ini perlu diperbetulkan.

Mari kita lihat imej gaya rambut yang seterusnya:

D

E

F

Pada pandangan anda, sekiranya anda seorang penemuduga, antara calon berimej A,B,C atau D, E, F yang akan dipilih? Yang manakah lebih berkeyakinan, berkredibiliti, dan berkarisma? Anda sendiri menilainya.

**Tip gaya rambut professional:

-Rambut tidak mencecah telinga dan kolar baju.
-Tidak terlalu berminyak. Boleh menggukan minyak rambut tetapi hadkan penggunaannya.
-Sangat tidak digalakkan mewarnakan rambut.

Imej Wanita Professional # 4: Kuku Oh Kuku!

Selamat kembali ke entri terbaru, Kuku Oh Kuku! Mungkin ramai terlepas pandang pada bahagian yang paling kecil pada tubuh badan kita tetapi besar impaknya.

Jangan disangka, pertemuan pertama anda akan mula dinilai daripada kuku. Kebersihan kuku juga menggambarkan imej dan personaliti seseorang. Kini menjadi trend wanita mewarnakan kuku dengan pelbagai design. Ada juga yang suka menyimpan kuku yang panjang kadangkala mampu mencederakan diri sendiri. Kuku yang panjang bukan sahaja mudah dijangkiti KUMAN malah BAHAYA!





'BAHAYA YANG BOLEH MENCEDERAKAN DIRI DAN IMEJ'

Mudah sahaja mendapatkan imej professional. Tidak perlukan kos yang tinggi, hanya perlukan sedikit masa sahaja.

1- Mulakan dengan mencuci tangan dan jari jemari sehingga bersih. Rendamkan kuku anda dalam air suam selama 10-15 minit.
2- Potong mengikut bentuk kuku. Kuku harus dipotong setiap minggu. Pilih pemotong kuku yang sesuai supaya tidak rosak.
3-Gunakan pengikir kuku yang sesuai agar lebih kemas.
4-Akhir sekali, gunakanlah pelembut kuku dan tangan yang sesuai.





**Tip penjagaan kuku tradisional dan moden

-Bawang Putih. Potong dua atau lumatkan bawang putih. Sapukan pada kuku lebih kurang 5-10 minit. Hasilnya kuku kelihatan berkilat dan putih berseri.

-Ubat Gigi. Tahukah anda ubat gigi mengandungi bahan pemutih (tooth whitening) yang boleh memutihkan kuku juga. Sapukan sedikit pada berus yang lembut dan gosokkan.

-Cuka. Bagi kuku kaki yang agak hitam atau kekuning-kuningan, tuangkan cuka dan gosokan perlahan-lahan. Bilas dengan air suam. Warna kuku anda akan kembali berseri.

-Minyak Zaitun. Rendamkan  seluruh jari anda ke dalam minyak zaitun. Rendam selama 10-15 minit kemudian bilaskan. Kuku anda bukan sahaja sihat dan bersinar, malah  kulit disekitarnya juga akan menjadi lebih lembut dan lembab.

-Air Kosong. Tip paling murah dan mudah, minum air kosong sebanyaknya.

'Serlahkan Dengan Langkah Mudah'

Selamat Mencuba!

Farlina Rahim @ Farah Lina Abdul Rahim, CPIC,
Perunding Imej RiasImejku.Com

Wednesday 17 October 2012

Imej Wanita Professional # 3: Solekan (Make Up)

Wanita tidak dapat dipisahkan dengan solekan. Solekan yang sempurna akan memberi impak dan pesona yang berbeza kepada seseorang itu. Wajah yang tidak bersolek boleh kelihatan tidak sihat dan kurang bertenaga. Bagi kelihatan ceria dan professional, kenakan solekan ringkas dan tidak terlalu berat.

 Berikut langkah-langkah ringkas solekan semudah 1,2,3,4.

1- Ratakan wajah dengan pelembab. Pelembab membantu kulit daripada bahaya dehidrasi. Kemudian sapukan foundation dan bedak asas. Pastikan penggunaannya seimbang keseluruh wajah.

2- Lebatkan kening menggunakan eyebrow liner. Kenakan pembayang mata yang sesuai. Suaikan dengan warna pakaian atau majlis. Ukirkan kelopak mata dengan eyeliner supaya mata anda kelihatan lebih bulat dan segar.

3-Pilih pemerah pipi yang sepadan dengan warna kulit anda supaya tidak kelihatan seperti badut. Disarankan pemerah pipi yang berwarna lembut agar lebih kelihatan natural.

4-Akhir sekali, segarkan bibir anda dengan pelembab bibir dan gincu. Warna lembut juga sesuai bagi mereka yang baru berjinak untuk bersolek.

Semoga perkongsian ini membantu anda kelihatan anggun dan lebih bertenaga.

Farlina Rahim @ Farah Lina Abd Rahim
Perunding Imej RiasImejku.Com

Thursday 4 October 2012

Imej Wanita Professional # 2: Tudung

Muslimah kini semakin bijak berfesyen dengan pelbagai gaya tudung. Malahan terdapat bermacam-macam jenis tudung atau selendang dipasaran. Fesyen juga sentiasa berubah dengan pantas dari masa ke semasa.

Fesyen yang semakin 'up-to-date' inilah yang menyebabkan wanita kini keliru antara imej professional dan fesyen. Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan 'Professional vs Fesyen'.

Kelihatan formal bukan?  Gaya ini adalah fesyen dan lebih kasual. Sesuai bagi  mereka yang professional dalam bidang seni. Gaya ini kurang sesuai bagi imej professional wanita korporat. 


Sunggun anggun dan dramatik gadis ini. Ini juga salah satu gaya fesyen. Tudung yang sarat dengan labuci dan manik ini lebih sesuai dikenakan ke majlis-majlis kasual.  
Hana Tajima? Ini adalah fesyen atau trend yang sangat digemari oleh golongan muda. Walaupun terlalu banyak lilitan yang diperlukan, bagi mereka yang mengemarinya ia kelihatan cool dan ringkas. Fesyen ini sesuai bagi suasana santai.
Manis dipandang. Gaya ini boleh dikategorikan sebagai imej muslimah korporat. Sesuai dikenakan ke pejabat dan apabila menghadiri temujanji formal. Gaya ringkas dan corak pada tudung yang tidak terlalu sarat.

Elegen! Jelas imej wanita professional. Sesuai dikenakan dalam suasana korporat. Terserlah kredibilitinya.
Tip Ringkas Bertudung Dengan Aksesori:

~Pilih aksesori (Brooch) yang sesuai. Kebesaran brooch tidak melebihi 3jari anda
~Aksesori tidak lebih dari pada 3.
~Kenakan pada tempat yang padan dan tidak terlali menonjol.

'Serlahkan Imejmu'
Farlina Rahim @ Farah Lina Abdul Rahim
Perunding Imej RiasImejku.Com

Ingin bertanya lanjut, hubungi saya farlinarahim@gmail.com