Friday 19 April 2013

Tip Bergaya Dengan Bijak: Kenali Diri III

Produk Mahal? Produk Murah?



Bersua kembali dalam RiasImejku.Com. Pada kali ini saya akan mengupas topik Produk Mahal atau Produk Murah?

Yang mana pilihan anda? Bagi yang berkemampuan pasti akan memilih produk yang mahal terutama sekali dalam pemilihan kosmetik. Kata orang, yang mahal itu lebih baik dan cepat kesannya. Manakala yang murah itu kadang kala tidak elok dan lambat kesannya.

Pada pandangan saya sebagai pengguna kosmetik, perkara ini TIDAK BENAR!

Setiap produk ada kelebihan masing-masing. Tetapi produk tersebut belum tentu sesuai dengan semua orang. Ada diantara penjual di luar sana akan mengambil kesempatan memberikan maklumat auta pada pengguna bagi melariskan produk mereka.

Namun, pilihan tetap ditangan ada. Sebelum membeli:

-TELITI dahulu jenis kulit yang anda miliki.

-CARI maklumat produk serta testimoni pelanggan sebelumnya.

-Jika pertama kali mencuba produk baru, beli TRIAL PACK dahulu. Usah laburkan duit anda berlebihan dek kerana terpengaruh dengan si penjual.

-Dalam masa 1-2 minggu KAJI hasilnya. Sekiranya baik, anda boleh teruskan. Sekiranya memburuk, mohon berhenti menggunakan produk tersebut. Mungkin produk itu sesuai pada orang lain, tidak semestinya sesuai pada anda.

Sekian sahaja tip memilih Produk Murah atau Mahal? Pilihan ada pada anda. Pembeli yang bijak adalah pengguna yang bijak.

Rias Imej Mu, Seindah Pesona Mu..

Farah Lina Abdul Rahim
Perunding Imej Profesional RiasImejku.Com
Certified Professional Image Consultant, CPIC