Wednesday 8 October 2014

Warna Dalam Penampilan Positif

Cuba berhenti sejenak dan lihat di sekeliling saudara. Hayati warna-warna disekeliling saudara. Lihat hiasan dan warna pada dinding, siling, atau papan tanda dan iklan di tempat awam. Apa perasaan saudara? Adakah saudara rasa tenang dan selesa ataupun sebaliknya?



Kemudian lihat kepada diri saudara pula. Lihat pada warna pakaian yang saudara pakai sekarang ini? Apa pula perasaan saudara sepanjang hari ini? Bagaimana pula dengan urusan kerja saudara tadi? Lancar? Apakah warna pakaian saudara membantu urusan saudara hari ini? Apakah warna pakaian saudara ada kaitan dengan urusan saudara?

Warna juga memainkan peranan dalam penampilan kita. Warna bukan sahaja boleh membuat kita kelihatan cantik malah warna juga mampu memberi tenaga. Setiap warna mempunyai maksud tersendiri.

Jika diimbas zaman sekolah dahulu, apabila sukan tahunan, rumah sukan apakah yang biasanya akan menang? Biru, hujau, kuning merah?
Merah! Mengikut kajian, rumah sukan yang sering mendapat tempat pertama ialah merah. Mengapa merah?



Mengikut psikologi warna, merah membawa aura kemenangan, semangat bersungguh-sungguh, berani dan sebagainya. Ini adalah diantara impak warna dalam kehidupan seharian. Jika dilihat di tadika atau taska, mereka akan menghiasi mural dinding dengan pelbagai corak dan warna. Hal ini kerana warna-warna ini akan menimbulkan kegembiraan dan keseronokan kepada kanak-kanak untuk pergi belajar.

Jabri Ibnu Samurah meriwayatkan, “ Aku melihat Rasulullah s.a.w pada suatu malam terang benderang memakai baju berwarna merah, Aku menatap baginda dan memandang bulan. Sungguh, menurutku, baginda lebih indah daripada bulan.

Warna kegemaran Rasulullah adalah warna putih dan kebanyakan pakaiannya berwarna putih. Warna putih diibaratkan sebagai kebersihan dan kesucian. Kena dengan peribadi baginda yang berhati suci dan bersih. Para sahabat juga pernah melihat baginda memakai baju berwarna seperti hijau, hitam, kelabu dan merah.



Cik Puan Farah Lina, Perunding Imej RiasImejku.Com sedang menunjukkan cara pemilihan warna yang sesuai mengikut warna kulit. Gambar ini diambil semasa Program Ketrampilan Diri di Kementerian Sumber Manusia.


InfoTip RiasImejku :

Gunakan warna-warna yang ceria untuk menaikan mood dan tenaga yang ceria. Elakkan menggunakan warna kusam (muted) kerana warna ini akan menjadikan saudara kelihatan letih, tua dan tidak penting.

============================================================

Ingin berhubung dengan Perunding Imej kami?

Emel : farlinarahim@gmail.com /riasimejku@gmail.com
No. Tel : 019-365 8486

========================================================================

Friday 3 October 2014

Bersama Cik Puan Farah Lina Abd Rahim


Peserta yang sporting!







Sedutan rakaman video bersama Kakitangan Kementerian Komunikasi & Multimedia tentang pemilihan kasut yang betul.


Berminat ingin mendalami ilmu penampilan diri secara personal atau berkumpulan?

Emelkan permintaan anda di farlinarahim@gmail.com

Tip Pemilihan Suit atau Blazer

Personal Shopper

Aktiviti ini paling digemari sebagai Perunding Imej adalah menemani klien membeli belah.

Tugas kami membantu klien memilih pakaian yang bermutu bertepatan dengan bajet.

Aktiviti ini akan membawa mereka melihat dan merasai demonstrasi pemilihan pakaian, fabrik, dan corak yang sesuai secara 'live'.


Salah satunya memilih fabrik suit atau blazer yang berkualiti sesuai dengan standard harganya.

TIPS : Fabrik jenis 'wool' tidak mudah berkedut berbanding polister. Suit atau blazer yang diperbuat daripada 100% 'wool' agak mahal dipasaran. Pilihan yang lebih menjimatkan dan mempunyai kualiti yang hampir sama adalah fabrik 'wool blended'.




Fabrik Polister




Fabrik Wool Blended




Monday 21 April 2014

C.P.A Your Image & Style!

Coaching . Practice . Apply 


C . P . A Your Image & Style!

*********************************************************************************

Rasa tidak yakin dengan penampilan diri?

Tidak mahir memilih pakaian dan aksesori yang sesuai dengan diri?

Mahu kelihatan segak dan bijak dalam bergaya?

Warna apa yang sesuai dengan saya?

Pakaian apa yang dikira Formal dan Separa Formal?

Bagaimana mahu memilih pakaian yang berkualiti dan berpatutan?

Bagaimana pula dengan pemilihan tali leher, suit, kemeja, kasut, seluar?

Bagaimana memiliha tukang jahit yang bagus?



C.P.A Your Style Your Image (Man) akan membantu anda menjawab semua persoalan ini.

Coaching (Bimbingan) : Konsultasi secara professional akan diberikan secara face-to-face mengenai penampilan dan imej yang sesuai untuk anda. Laporan konsultasi beserta tip mengikut bentuk badan, bentuk muka, dan ketinggian dalam pemilihan pemakaian akan diberikan (5) hari selepas konsultasi.

Practice (Praktik) : Anda akan terus praktis secara langsung teknik pemilihan pakaian selepas konsultasi. Sesi praktik ini anda akan dibawa ke kedai-kedai yang menjual pakaian formal, smart kasual dan kasual bagi melihat sendiri kualiti pakaian dan jenis pakaian serta aksesori yang sesuai. Anda juga akan diperkenalkan dengan tukang jahit yang bagus. Bukan itu sahaja, anda juga akan dilatih memilih penampilan berkualiti mengikut bajet yang dikehendaki.

Apply (Aplikasi) : Selepas sesi coaching dan practice, anda DIJAMIN akan bijak mengaplikasi setiap teknik yang telah dipelajari. Sudah hasilnya anda lebih segak dan bijak bergaya!


*********************************************************************************

Apa yang akan saya pelajari daripada C.P.A Your Style Your Image (Man)?


"Anda akan didedahkan teknik dan trick pemilihan pakaian daripada hujung rambut ke hujung kaki."


1) Kenali Diri 

Ramai orang gagal dalam penampilan kerana gagal mengenali diri mereka. Kenali bentuk muka, bentuk badan, warna kulit, gaya personaliti diri anda. 

2) Kenali Gaya

Gaya yang padan dengan diri akan memberika impak yang positif dalam diri anda. Setelah anda kenali diri, anda akan didedahkan teknik pemilihan kaca mata, suit, kemeja, kasut, seluar, warna dan aksesori lelaki yang sesuai dengan diri anda. 

3) Kenali Kualiti

Less is More! Kenali fabrik, suit, kemeja dan seluar yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Dapatkan teknik memlilih tukang jahit yang bagus mengikut bajet yang sesuai. 

4) Kenali Etika Pemakaian

Bergaya biar kena pada tempatnya. Pelajari pemilihan pakaian mengikut T.O.P (Time/Occasion/Place).


********************************************************************************

Siapa Perunding saya?



Farah Lina Abd Rahim, CPIC

Perunding Imej Profesional Bertauliah yang berpengalaman menjalankan banyak seminar, bengkel, coaching dan kursus pembangunan imej diri di sektor korporat dan swasta. Beliau telah memberi khidmat kepada beribu peserta di seluruh Malaysia. Seorang yang mempunyai minat yang dalam dalam pembentukkan imej diri dan sosial. Kepakaran beliau adalah Men's Wear, Women's Wear, Analisis Warna, Gaya Personaliti, Etika Profesional dan Sosial, Skin Care & Make up.



*********************************************************************************

Bagaimana saya mahu sertai?


1) Pilih tarikh, lokasi dan pakej yang ditetapkan seperti berikut. 



2) Emel (Nama/No.Tel/Jawatan/Organisasi/Bukti Bayaran/Pakej/Tarikh) ke riasimejku@gmail.com

3) Anda akan menerika pengesahan dalam tempoh 24 jam. 

4) Bersiap sedia C.P.A Your Image & Style!

Kos Konsultasi :

Berkumpulan : RM350   RM 270
Individu : RM600  RM470

Sebarang maklumat boleh terus emel ke riasimejku@gmail.com

Jumlah minimun sesi berkumpulan dihadkan untuk 2-3 orang dalam satu masa bagi menjaga keberkesanan coaching. Sesi individu pula akan diberikan online coaching percuma sepanjang tahun. 

"Keyakinan anda bermula di sini" 

(Admin RI Training & Consultancy)